Sunday, July 14, 2019

Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam


Hi in this post, I would like to share about Hari Tanpa Kenderaan di Shah Alam.

Berlangsung pada setiap Ahad minggu kedua setiap bulan, jalan sekitar Shah Alam bermula dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan ditutup sepanjang 5 km untuk membolehkan pengunjung melakukan aktiviti seperti berbasikal, membuat larian, jogging, jalan kaki, bermain papan luncur- luncur secara bebas tanpa sebarang kenderaan.

Program yang bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 10.00 pagi, mempunyai tema yang berbeza setiap bulan. 

Berbeza dengan di KL, hari tanpa kenderaan adalah pada Hari Ahad minggu pertama setiap bulan. 

So, nak dipendekkan cerita aku join , tapi kali ni husband teringin nak ikut jugak. Kiranya kali kedua untukku dan kali pertama untuk encik husben.


Bawak la kami semua anak ke sana.. hahaha

Pergi sana sempatlah jogging 1 km je sebab bawak anak kan. Kitaorg sampai sana dalam pukul 7.30 pagi duduk sana sampai 9.30 pagi. Kalau aku sorang 8.30 pagi chow dah.. Panas beb! Sementara jogging, Husband tolong tengokkan anak sambil checkout aktiviti di sana. kira okla dia nak ikut sebab sebelum ni kalau ajak keluar pagi memang gila liat susah tak mau wehh.. hehehe


Time kitaorang pergi tu ada program cat adoption tapi malangnya sikit kot kucing- kucing yang ada. Bila ada yang berkenaan di hati semua dah ada orang adopt. So next! hahahaa


Dekat sana macam- macam la ada, so memang sangat menarik untuk those yang ada family / anak untuk datang.

Secara automatic bertambahlah satu lagi attraction di Shah Alam gitew

For the next car free event, i might bring my bicycle.. hihihihi





Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan


ni la cat adoption tu tapi malangnya sikit sangat kucing. semua dah kena adopt


abang badut pun nak pose



ada aerobik tapi sis tak join



pas aerobik ada tarian 




di sebalik tarian tu ada maskot power rangers tengah layan peminat





Apa-apa pun iols suka bahagian pameran parrot/ burung kakak tua. 
Jinak ok..

Actually ada banyak lagi tapi zis tak tangkap gambar. Sana ada library bergerak, food truck, booth dan lain- lain. Kalau nak tau lagi  info tentang Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan just checkout dekat 

fb
https://www.facebook.com/shahalamharitanpakenderaan/

instagram
shahalamcarfreeday


ok la tu saja perkongsian kali ini dari cik kelly untuk hampa semua

babai


jangan lupa like share, like dan comment page facebook 
Tasneem Naturel Shah Alam & Klang


dan facebook bakery saya ye
Kly & Edy Cafe Bakery






No comments: