Hai semua!!!!!
Hari iols nak share resipi macam yang dijanjikan smalam...
alah alah.. senang je
ok jejoms kita buat
BURGER MALAYSIA aka BURGER SAMBAL
macam di bawah ni ha
Untuk pengetahuan semua BURGER MALAYSIA ni bahan- bahan dia sama je dengan bahan nak buat donut. siapa yang pandai buat donut ha macam tu la caranya. hehehehe... bezanya ada sambal je yang kita letak di tengahnya
Bahan- Bahan:
(sukatan ni boleh dapat agak- agak dalam 28 biji saiz sederhana-depends on size korang buat gak)
Tepung gandum 500 gram - iols guna tepung gandum cap rose je
1 setengah sudu makan majerin apa brand pun takpe
1 paket kecil yis segera - kering (guna jenama mauripan)
1 cawan susu pekat
1/4 cawan minyak masak
air suam (jangan terlampau sejuk jangan terlampau panas)
ni la mauripan untuk sesiapa yang tak tahu (pic ihsan google)
Cara- caranya:
Campurkan tepung gandum dengan mauripan bagi sekata
Kemudian masukkan 1 cawan susu pekat ke dalam tepung+mauripan tadi
Masukkan pula majerin dan minyak masak (pic lupa nak ambik)
Selepas tu masukkan air suam sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul tepung tu sampai tepung tak lekat -kalau tercair tambah tepung (hat ni kena pandai agak-agak main tepung) pendek kata sampai semua sebati jadi doh la uols
Lebih kurang macam atas ni
Untuk pengetahuan semua semasa uli adunan tepung tu dalam masa yang sama kita boleh nampak yang doh tu naik/ kembang sedikit demi sedikit semasa menguli
Kemudian kita bentukkan bulat- bulat macam bentuk pau dan letakkan di atas dulang yang disadurkan sedikit tepung supaya tak lekat
Letak minyak, bila dah panas so boleh la goreng. minyak baru tau jangan minyak lepas goreng ikan masin pulak..
dah siap goreng fizikalnya lebih kurang macam ni.. biarkan sejuk sikit belah tengah dengan pisau tajam belah tu jangan bagi habis, letak sambal dan timun ( pic di atas)
sambal tu depends dekat korang. macam kami buat sambal ikan bilis je.. tapi jangan berair sangat jangan kering sangat- sedang2 je baru sedap (resepi ikan bilis nanti share on the next post)
belah macam ni pastu letak sambal dan timun
so ni la finalnya, nampak x cantik sebab pegi potong time panas gila dan pisau time tu tak berapa nak tajam.. walaupun rupanya huduh tapi gebu dan sedap hokkey..
okla selamat mencuba!!!!!
p/s jangan lupa like, komen dan share page FB bakery saya untuk sebarang tempahan cookies or kek pisang
https://www.facebook.com/KlyEdyCafeBakery/
No comments:
Post a Comment