Tuesday, August 6, 2019

Asam Pedas Ikan Pari


Hi Korang semua!

Tengah Masak apa tu?

So Hari cik Kelly nak share resepi Asam Pedas Ikan Pari. 
anyway ni cara aku la eh.
Husband iols kalau buat asam pedas dekat dia memang tambah berkali-kali, kalau boleh nak hirup kuah tu sampai licin!! hehehehe...

oklah tak yah bebel lagi jom cekidaut!



Bahan- bahan:

Bahan A:

cili kering (segenggam- ikut pada tahap pedas msg2)- rendam bg kembang dulu
lada hitam dalam 30 biji(ikut pada tahap pedas)
bawang merah 4 biji
bawang putih 4 ulas
sedikit kunyit hidup
sedikit halia

Bahan B:

ikan pari
asam jawa
daun kesom
tomato
bendi
garam 
gula
5 keping asam keping


Cara-cara:

1. Rendamkan ikan pari dengan air asam jawa terlebih dahulu. Tujuan kita rendam ikan pari dalam air asam jawa terlebih dahulu ialah untuk hilangkan rasa hanyir dan hancing ikan.
2. Blend Bahan A sampai lumat
3. Tumis Bahan A yang dah di blend sehingga pecah minyak
4. Masukkan daun kesom ke dalam bahan ditumis, kemudian masukkan air rendaman asam jawa ikan pari tadi
5. Seterusnya masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan ikan pari, tunggu sampai pecah minyak
7. Akhir sekali masukkan tomato dan bendi
8. Bagi bahan- bahan mesra dan tunggu kuah sampai pecah minyak elok, tutup api, cedok nasi, makan. ehehehe




cili kering direndam, ikan pari direndam asam jawa, bawang merah, bawang putih , halia,kunyit, lada hitam, daum kesum


tomato dan bendi


asam keping



 1.Rendam ikan pari dengan air asam jawa



2.Tumis Bahan A


3. Dah pecah minyak masukkan daun kesum


4. Lepas tu masuk air rendaman asam jawa ikan pari. Time ni bubuh garam, gula,asam keping



5. Masukkan ikan pari, kuah dah pekat pecah minyak baru masukkan tomato dan bendi


6. Biarkan kuah mesra bersama bahan dan tunggu lagi bagi pecah minyak 


Siap!!!!

Senang je.. Masak main campak- campak sap sap sui terus jadi...

Sedap di makan bersama nasi panas... Uiiii lapaq uiiiiii

Pedaih , masam cukup seelok dengan nama ASAM PEDAS..
Minum pulak ngan ayaq sirap weh..

Ha ok la nak makan pi makan babaiii


Ok la macam biasa


jangan lupa like share, like dan comment page facebook 
Tasneem Naturel Shah Alam & Klang


dan facebook bakery saya ye
Kly &; Edy Cafe Bakery


Sunday, July 14, 2019

Hari Tanpa Kenderaan Shah Alam


Hi in this post, I would like to share about Hari Tanpa Kenderaan di Shah Alam.

Berlangsung pada setiap Ahad minggu kedua setiap bulan, jalan sekitar Shah Alam bermula dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan ditutup sepanjang 5 km untuk membolehkan pengunjung melakukan aktiviti seperti berbasikal, membuat larian, jogging, jalan kaki, bermain papan luncur- luncur secara bebas tanpa sebarang kenderaan.

Program yang bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 10.00 pagi, mempunyai tema yang berbeza setiap bulan. 

Berbeza dengan di KL, hari tanpa kenderaan adalah pada Hari Ahad minggu pertama setiap bulan. 

So, nak dipendekkan cerita aku join , tapi kali ni husband teringin nak ikut jugak. Kiranya kali kedua untukku dan kali pertama untuk encik husben.


Bawak la kami semua anak ke sana.. hahaha

Pergi sana sempatlah jogging 1 km je sebab bawak anak kan. Kitaorg sampai sana dalam pukul 7.30 pagi duduk sana sampai 9.30 pagi. Kalau aku sorang 8.30 pagi chow dah.. Panas beb! Sementara jogging, Husband tolong tengokkan anak sambil checkout aktiviti di sana. kira okla dia nak ikut sebab sebelum ni kalau ajak keluar pagi memang gila liat susah tak mau wehh.. hehehe


Time kitaorang pergi tu ada program cat adoption tapi malangnya sikit kot kucing- kucing yang ada. Bila ada yang berkenaan di hati semua dah ada orang adopt. So next! hahahaa


Dekat sana macam- macam la ada, so memang sangat menarik untuk those yang ada family / anak untuk datang.

Secara automatic bertambahlah satu lagi attraction di Shah Alam gitew

For the next car free event, i might bring my bicycle.. hihihihi





Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan


ni la cat adoption tu tapi malangnya sikit sangat kucing. semua dah kena adopt


abang badut pun nak pose



ada aerobik tapi sis tak join



pas aerobik ada tarian 




di sebalik tarian tu ada maskot power rangers tengah layan peminat





Apa-apa pun iols suka bahagian pameran parrot/ burung kakak tua. 
Jinak ok..

Actually ada banyak lagi tapi zis tak tangkap gambar. Sana ada library bergerak, food truck, booth dan lain- lain. Kalau nak tau lagi  info tentang Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan just checkout dekat 

fb
https://www.facebook.com/shahalamharitanpakenderaan/

instagram
shahalamcarfreeday


ok la tu saja perkongsian kali ini dari cik kelly untuk hampa semua

babai


jangan lupa like share, like dan comment page facebook 
Tasneem Naturel Shah Alam & Klang


dan facebook bakery saya ye
Kly & Edy Cafe Bakery






Thursday, July 11, 2019

Tips Hilangkan Selesema untuk Bayi dan Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun Tanpa Ubat

pic sumber google



Saya percaya semua parents yang ada baby bawah 2 tahun especially new parent akan pening kepala bila baby kena  selesema.
Betul tak?

Of course la pening. Baby bawah 6 bulan kalau kena  selesema memang  kebiasaannya doktor jarang bagi ubat. Kalau atas 6 bulan paling kuat doktor akan bagi dos dalam 1 ml atau 2 ml sahaja. 

Bila kena, mesti kita as parents akan cari alternatif secara  sedaya upaya nak bagi baby manja kita sembuh macam biasa. Jadi kita akan cari cara tradisional or cara semulajadi untuk kita cuba. ye dak?

Bukan uols je pening, iols pun pening bila Firhaan kena selsema. Bila dah kena mula la tidur tak lena asyik merap 24 jam mengamuk sebab tak selesa.

Tapi bila dah masuk 3 anak ni, dah agak steady berbeza masa jadi first timer as a parent.

Selesema ni selalunya jadi berpunca daripada virus yang dah menjangkiti saluran pernafasan kita. Selain daripada itu, selesema juga mungkin disebabkan alahan seperti habuk, debunga, wangian, asap atau bulu haiwan. Kadang- kadang faktor cuaca juga memainkan peranan. Cuaca terlalu sejuk dan imun badan terlalu rendah pun boleh jadi punca baby mudah terkena selesema.




So nak senangkan search korang, here you go :

tips untuk hilangkan selesema untuk baby  dan  kanak - kanak 
bawah 2 tahun

1. Garlic Steaming / Steam Bawang Putih

- Ambil sebesen air panas dan masukkan beberapa bawang putih yang telah diketuk ke dalam besen
- setelah di masukkan, air panas yang mengeluarkan wap tu berbau bawang putih
- pastikan baby dibedung /kanak-kanak di balut dengan kain atau selimut untuk  memastikan tidak meronta
- telangkupkan baby  dan halakan muka baby /kanak- kanak ke wap bawang putih(jangan terlalu direct/tepat sangat. tepi-tepi pun cukup). bahagian ni kena jaga- jaga sebab bahaya air panas ye. pegang anak betul-betul.
- tepuk belakang anak secara perlahan- lahan. 
- nanti hingus akan keluar, dan boleh la lapkan hingus dengan tisu atau tuala
- Boleh lakukan selama 15 minit atau sehingga anak rasa selesa dan hingus berkurangan.

Melalui cara ini, nanti kahak dan hingus akan keluar dengan banyak melalui hidung. Jangan panik ok!

Untuk pengetahuan semua, bawang putih mempunyai antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria selesema dan batuk

2.  Minyak bawang putih

- Minyak bawang putih boleh buat sendiri dengan membakar 2/3 ulas bawang putih sehingga hitam dan kemudian dilenyekkan dan dimasukkan ke dalam bekas. Kemudian boleh letakkan sedikit minyak masak/ minyak zaitun minyak kelapa/minyak jenis lain. 
- nak beli pun boleh. kalau dekat luar saya beli dekat farmasi yang macam bentuk minyak ikan tu dan saya pecahkan untuk dapatkan minyaknya.
- sapu minyak bawang putih ni dekat dada, kedua-dua tapak kaki, tulang belakang dan batang hidung
- waktu malam, pakaikan stokin selepas sapukan minyak sebelum tidur.

tips: boleh cuba sikit- sikit untuk tengok keserasian takut ada kesan sampingan. kadang sesetengah anak tak tahan

3. Kunyit Hidup

- Kunyit hidup diasah atau disagat sehingga keluar airnya.
-Air kunyit sapukan ke batang hidung dan dahi
-boleh juga disapukan di dada dan tulang belakang

Kunyit juga adalah antibiotik semulajadi yang membantu melawan penyakit selesema.

4.Penyusuan kerap

-Jika anak masih menyusu badan, kerapkan susu anak yang selesema. Khasiat susu ibu memang jelas terbukti dapat membantu bayi/ kanak-kanak untuk melawan penyakit.
-Sifat susu ibu yang bertindak sebagai imunisasi anak untuk melawan penyakit ternyata dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan selesema.

5. Bawang merah

- Tumbuk bawang merah . Letakkan berhampiran tempat tidur bayi/ kanak kanak sewaktu tidur( yang ni iols x pernah try)

6. Nasal spray

- Yang ini boleh didapati di mana- mana farmasi dan klinik. Selalunya doktor memang akan suggest untuk guna spray ni untuk anak yang kena selesema bawah 2 tahun. 
- Nasal spray ni ialah semburan berasaskan air laut semulajadi yang telah diproses.
- Caranya mudah hanya baringkan anak, masukkan muncung spray ke dalam hidung anak,
-Tekan dan spray ke dalam hidung anak, biarkan dalam 30 sec dan sedut guna penyedut hingus
- sembur ke dalam lubang hidung  sebelah lagi.

7.  Air garam

-Larutkan garam dalam air 
- Sapu air garam ke batang hidung dan dada anak

8. Daun sireh

Yang ni tengok tips dalam majalah Pa Ma

- Caranya layurkan daun sireh atas api sampai layu. 
-Kemudian tunggu daun tu jadi suam dan tekapkan daun sireh tersebut di atas dada anak.

9. Jangan basahkan rambut anak

- Yang ni tips dari mak mertua dan pengasuh Syaurah dulu yang mana bila setiap kali mandi ketika selesema jangan basahkan rambut.
-Bila basahkan rambut, selalunya selesema akan jadi lagi teruk.

10. Suhu sekeliling

- Ketika anak mengalami selesema, elakkan memasang penghawa dingin terlalu
kuat dan memasang kipas terlalu kuat.   
-Kalau suhu terlalu sejuk, ini akan menyebabkan selesema anak bertambah teruk dan hidung anak cepat tersumbat

11. Penggunaan balm CF Rub Tasneem Naturel

- Dengan penggunaan balm CF Rub Tasneem Naturel, ia membantu mengurangkan selesema, batuk. Selain itu, ia dapat membantu mencairkan kahak, melegakan asma dan mengurangkan suhu badan anak bila demam
- Cara penggunaannya hanya  sapukan balm tersebut ke dada, tapak kaki, tulang belakang serta hidung.
-Cf Rub Tasneem Naturel ialah bebas paraben, sls, bahan pewarna. Bahan- bahan di dalamnya menggunakan pati essential oil bermutu tinggi.
- Mendapat kelulusan KKM kerana menggunakan bahan semulajadi , balm ini adalah mesra bayi kerana penggunaan balm ini tak panas, tidak melekit malahan wangi.




Satu balm  hanya berharga RM 49 sahaja tapi dengan pembelian melebihi satu unit, harga menarik menanti anda!!!

dan boleh bertahan selama 1 tahun selepas dibuka.

Saya adalah agent Tasneem Naturel, oleh itu sesiapa yang berminat nak mencuba Cf Rub ini boleh terus whatsapp di talian 📱


⭐️COD available 🚗🚗
⭐️postage seluruh malaysia 📦📦


Diharapkan dengan tips dan petua di atas dapat lah sedikit sebanyak membantu para parents diluar sana!!!



 Oh ya!!! Jangan lupa


jangan lupa like share, like dan comment page facebook Tasneem Naturel Shah Alam & Klang


dan facebook bakery saya ye