Thursday, February 9, 2012

Bila Tidak Ada Sifat Menghargai...


Ditengah malam yang hening, 
aku terbaca sebuah artikel di laman sesawang . Mata tak lekang melihat setiap bait ayat.
Hurmm.. Kisah seorang wanita yang aku rasa amat  simpati dengannya .
Bertunang dengan seorang jejaka yg dilabelkan buaya darat atau playboy. Mengikat janji dengan alasan sudah berjumpa dengan wanita yang sesuai atau yang diidamkan.

Pastinya ini bukan kisah dongeng, mitos  yang mana berkata jika sudah berjumpa dengan yang bersesuaian akan terus meninggalkan sifat buruk ini.

Mungkin kerana tabiat, si jejaka ini dalam diam  masih lagi dengan sifatnya. Tidak dinafikan, lelaki ini sangat menyayangi wanita ini . Akan tetapi, seperti mempunyai dua personaliti, dia masih mengamalkan sifat lamanya.
Wanita yang percaya akan tunangnya yang sudah berubah, setia bersamanya, menyayanginya dengan berharap akan bahagia sehingga ke jinjang pelamin.

Hurmm.. Tetapi apakan daya, rahsia lelaki itu  terbongkar apabila salah seorang wanita yang boleh dikatakan hendak dijadikan skandal lelaki itu adalah rakan tunangnya sendiri. 

Patah hati wanita tersebut yang mana segala impian dan harapan berkecai di tengah jalan. Jejaka tersebut menyesal dan berjanji tak akan ulangi lagi.... Tetapi persoalaannya, ini bukan pertama kali , tetapi sudah beberapa kali berlaku tetapi sebelum pertunangan berlangsung. 

Setiap kali perkara tersebut berlaku, pasti ada sahaja wanita lain yang datang dan mengaku sebagai kekasih jejaka itu. Sukar untuk percaya, sang wanita tetap setia kepada lelaki ini dan menganggapnya sudah berubah dan pasti akan lagi berubah apabila melangungkan rumah tangga nanti.

Aku termenung bila baca  kisah ini.. Persoalannya, kenapa lelaki ini tak menghargai wanita ini?Sudah jelas di hadapan matanya seorang wanita sempurna dan sudah pun dianggap sebagai wanita yang di cari2 selama ini.

Kenapa dia tidak pernah berfikir akan perasaan tunangnya? 
Fahamkah akan perasaan kecewa, pasrah, sedih wanita tersebut ?
Kalo wanita itu yang berbuat begitu apa perasaanya? Tak pernah fikir kah?

Hurmm.. sesungguhnya aku  jadi emosi bila fikirkan balik.

Benar kata pepatah sesuatu kelakuan kalau sudah dikategorikan sebagai tabiat, mmg sangat sukar dibuang..

Mungkin bila hilang wanita ini suatu hari nanti baru jejaka ini akan sedar akan kealpaannya yang tidak ada sifat menghargai. 

Menyesal tidak berguna lagi

P/s 
Saya berharap perkara ini tidak berlaku kepada saya.. 
Sebagai renungan utk semua.

No comments: