Tika aku menulis saat ini..
Aku telah pun mencecah umurku 30 tahun pada 17 November 2015 yang lepas
Ya, sudah lama aku tidak menjengah untuk menulis di blog kesayanganku.
Kesibukan menguruskan hidup dan keluarga membataskan aku.
Jika ku lihat kembali pada pos yang lepas,
Terlalu banyak kesedihan yang aku tempuhi
Syukur..
kerna semua itu membuatkan hidupku lebih matang dan tabah
Dalam kehidupan berkeluarga ini,
Memang ada pasang surutnya
yang penting kuat mental kuat segalanya
Kini,
Aku telah pun hamil anak keduaku ,
sudah mencecah 7 bulan atau 29 minggu
Aku berharap semoga kehamilan kali ini berjalan lancar
dan semoga aku dapat melahirkan anak keduaku ini dengan mudah
Inshaallah
2015..
Memberikan seribu satu kepayahan dan cabaran kepada kami sekeluarga
tetapi alhamdullillah
aku mudah menyesuaikan diriku dalam keadaan sebegini
mungkin adalah kerna
aku sudah biasa hidup susah semasa aku kecil sehingga dewasa
Sungguhpun begitu,
Aku tetap bersyukur
semua itu ada hikmahnya
Dengan kepayahan dan dugaan ini,
Dia lebih menghargaiku
Dia kini tahu untuk membezakan antara kaca dan permata
Dia tahu siapa yang bersamanya ketika susah
Dia tahu apa pengorbananku untuknya
Dia sedar akan kesalahannya kepadaku.
ya Allah, Alhamdullillah atas dugaan ini,
Rintihan dan tangisanku telah Kau dengar,
Aku pasrah atas apa yang telah berlaku
Walaupun aku terpaksa bersusah semula untuk mendapat bahagia
No comments:
Post a Comment