Wednesday, June 19, 2019

Sambal Tumis Ikan Bilis


Assalamualaikum dan Hai hai....

So hari ni cik kelly nak share resepi sambal tumis ikan bilis untuk semua!!! 

malam-malam buta lepas anak semua tido terajin pulak nak hapdet blog kan?


actually resepi ni senang je ikut resepi arwah mak.. cik kelly dulu berniaga kuih so hari hari kena masak sambal tumis ni untuk buat burger Malaysia . mak suruh masak dari sekolah menengah lagi.. hehehe.. so boleh la sharing sharing resepi..

tetiba teringat time sekolah menengah selalu ambik order kuih dari kawan kawan kelas. macam- macam jenis kuih buat.. berniaga kuih dekat bazar ramadan pun pernah.. dulu agak susah kehidupan. tapi semua tu pengalaman berharga yang takkan dapat dah sampai bila- bila.. hehehe

ok la jom kita cekidaut resepi


Bahan-bahan diperlukan:

segenggam cili kering sederhana pedas
bawang besar 2 biji
bawang putih 5 ulas
belacan besar sikit dari ibu jari-agak jugak(iols buat lebih sikit)
air asam jawa secukup rasa
gula secukup rasa
ikan bilis dalam 2 genggam (depend gak jenis ikan bilis so agak2 je la khen)



Cara-caranya:

1.Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu ke dalam minyak yang panas sehingga garing.



2.dah masak angkat ikan bilis tapis minyak kemudian ketepikan terlebih dahulu
so kita fokus buat sambal pulak


3.first, cili kering dipotong dan dibuang biji rendam terlebih dahulu dalam air panas



cili kering dalam segenggam



selepas cili kering dipotong buang biji dan direndam dalam air panas bagi kembang

4.kemudian blendkan bawang besar , bawang putih, belacan serta cili kering yang dah direndam tadi



bawang besar dan bawang putih


belacan

5.Blend SEMUA sehingga hancur

6.panaskan api kemudian tumiskan bahan- bahan yang dah diblend tadi
tumis sehingga pecah minyak/ cili masak bertukar warna keperang perangan
cili kena masak elok diknon kalau tak masak elok nanti cepat basi lepas tu sakit perut kalau makan



mula-mula tumis



tumis sampai sambal masak macam ni pecah minyak

7.apabila cili dah elok masak, masukkan air asam jawa secukup rasa




8.selepas itu, masukkan gula secukup rasa
garam xpayah bubuh ya semua sebab rasa masin dari ikan bilis tu dah cukup kang bubuh lagi garam berdengung lak telinga tak pasal darah tinggi... kih kih kih



agak- agak ye  gula sebab nak balance kan rasa masa masin tu


8.dah bubuh semua tu,kacau sambal tunggu sampai pecah minyak.

9.agak- agak kering sikit baru masuk ikan bilis yang digoreng tadi lepastu kacau sekata. dah siap.





gambar tak berapa cantik la pulak


p/s untuk sambal tumis ikan bilis ni cik kelly tak suka terlampau berkuah, suka hat sedang-sedang je.. cth macam buat burger malaysia kalau kuah byk sangat sambal tu cair so xde kick.. giteww..

apa2 pun ikut selera masing2 kan...

ha amacam senang je kan...

sedap makan ngan nasi lemak, nasi panas, burger malaysia, cicah roti canai, eh banyak la uolsss..

ok la 

jangan lupa like share, like dan comment page facebook bakery saya ye








No comments: