Sunday, December 28, 2008

Sesungguhnya Aku Jua Merindui Kamu....

Berlinang air mata aku seketika bila membaca nota yg ditujukan khas untuk aku ini.
Xsangka kewujudan aku ini masih membawa erti dalam kehidupan org lain rupanya.
Sedih...
Tapi itulah kehidupan..
Tidak selama-lamanya akan bersama
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Haluan hidup x akan selamanya sama..
Langkah ini akan tidak terus terhenti
Dalam meniti detik kehidupan

..........................................................................................................................................................................

NOTA TUK KELLY
Current mood: missing sum1
Category: missing sum1 Romance and Relationships

Aku rindu …

Rindu nak nangis, bercerita, ketawa, tgok helicopter, pi makan kat sek 7, menjerit…aku rindu nak peluk kau. Rindu nak kongsi rasa dan perasaan ini.

Aku dgn haluan aku skang. Kau pun sama kan. Kau tahu apa yg aku rasa. Dan aku tau apa yg kau rasa. Semoga persahabatan ini akan terus kekal. Wei…rindunya nak jumpa kau. Kalaulah kau ada ngan aku skang ni…kan best..huhuhu

Kelly..aku rindu kau. Rindu sgt!

.........................................................................................................................................................................

Kawanku,
Sesungguhnya aku jua sangat merinduimu ...
Yg teramat sangat...
Banyak perkara telah kita harungi bersama2x
Banyak persamaan dalam dugaan yang kita hadapi
(hanya kita berdua sahaja yg tahu)
Ya...
Aku tahu apa yg kau rasa
dan kau jua tahu apa yg aku rasa..
Terlalu banyak cabaran yg telah dan perlu kita tempuhi..
Sememangnya kehidupan ini penuh cabaran..
Aku jua rindu dengan masa dahulu..
Tapi apakan daya.
Masa tidak boleh berpatah semula...
sedih...

Kawanku,
Aku harap kau kuat dan tabah dalam menghadapi semua cabaran...
Pedulikan semua kutukan dan kritikan yg dilemparkan.
Aku percaya yg kau boleh!!!
Aku sentiasa menyokong dalam apa jua yang kau lakukan..

Aku nak kau kuat!!!!
Jika sebelum ni kau boleh tempuh...
Kali ini juga aku mengharapkan benda yang sama..
Ya aku tahu mungkin situasi kali ini berbeza...
Aku tidak ada lagi bersama ketika kau memerlukanku..
Aku hanya nak kau ingat yg aku sebenarnya berada dekat dgn kau...
Cuma jarak memisahkan...

Kawanku,
Aku sentiasa mengingatkan perkara ini dalam otakku..
Aku juga sedang menasihati dan memotivasikan diri aku
Kerana sesungguhnya aku juga seperti kamu...
Aku berseorangan di sini cuma yg ada hanyalah keluarga semata-mata
Tiada berteman mahupun rakan..
Gembira jika ada yg bertnyakn khabar..
Dan kadang kala terasa juga seperti disisihkan dan dipinggirkan dalam pelbagai hal...
Inilah kehidupan...
Bukan semuanya sempurna...

Terima kasih wahai kawanku..
Terima kasih kerana merinduiku...
Terima kasih kerana selalu mengambil berat terhadapku..
Terima kasih kerana selalu berada di saat ketika aku mengalirkan air mata..
Terima kasih kerana bersama aku selama ini...
5 tahun...
Banyak mengajar kita segala-galanya..
Terima kasih sekali lagi...

Sesungguhnya aku jua merindui kamu....
:'(

2 comments:

kasih nurein said...

aku pun syg kamu sgt2...tramat syg!!!

ikhlas dr ein..

KyLa is KaLyLa said...

waaa!!! me too...