Monday, March 30, 2020

DEPRESSION, CANCER, AUTISM AND CYST IN MY LIFE

 


Caution: Long post
30 March 2020...
Kalau arwah emak hidup lagi, maka genaplah umur emak 60 tahun hari ini.
Just want to share....sebab memandangkan PKP dan baru bersedia nak bercerita selepas 3 tahun terjadi.
Tiga tahun lepas, pada Mei 2017, arwah emak jatuh pengsan secara tiba- tiba sewaktu di kelas mengaji.Kemudian badan mak jadi menggeletar sebelah badan. Kami sekeluarga khuatir bahawa mungkin mak terkena minor stroke waktu itu. Jadi abah dan adik bawa arwah emak ke wad emergency. Hospital Bainun Ipoh untuk pemeriksaan. Tanpa berlengah pelbagai ujian telah dibuat termasuklah scan di otak.
Bila result keluar, alangkah terkejutnya kami sekeluarga ada 2 ketumbuhan di otak emak. Waktu itu, buat pertama kali dalam sejarah, saya melihat emak saya yang sentiasa kuat, cerdas, ceria dan tak kenal putus asa jadi down yang teramat. Sedih sangat tengok mak waktu tu. Jadi untuk keputusan yang lebih lanjut, CT scan terpaksa dilakukan tetapi pada 2 minggu kemudian. Sementara keputusan nak keluar, mak telah diberikan steroid untuk kuatkan badan mak.
Waktu tu Firoos dah 4 tahun,dan baru diagnose as Autism pada penghujung tahun 2016 . saya dan husband dah decide nak hantar dan cari sekolah untuk Firoos untuk tahun 2017 tetapi kami hantar ke semua terapi yang disarankan oleh doktor terlebih dahulu disebabkan Firoos xready ke sekolah. Cadangnya nk start hantar sekolah tengah tahun, tapi apakan daya, lepas satu dan satu berita dan nasib malang menimpa diriku. Time tu tak tau nak kata apa menangis, teriak, tuhan saja tahu. Semua ada.
Kami 3 beradik. Ketiga-tiga perempuan. Saya sulung. Waktu tu, adik bongsu tengah nak SPM, adik bawah saya di Klang sudah berkahwin. ketika mak sakit, saya dan adik no 2 akan bergilir-gilir selang seminggu balik ke Perak untuk jaga mak dan family. Yer dan begitu lah seterusnya sebab mak tak nak duduk rumah anak- anak dan adik bongsu pula tengah nak SPM. Nasib baik waktu tu dah berkerja sendiri dan adik pun surirumah. Terpaksa bergilir sebab nak jalankan tanggungjawab sebagai anak tapi dalam masa yang sama tak nak abaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Dipendekkan cerita, waktu giliran saya jaga mak dan pulang ke Perak, saya bawak mak saya pergi CT Scan dan result keluar 2 minggu kemudian. Yer, hospital kerajaan memang semua lambat time tu. Nak scan lambat result pun lambat. Totall sebulan lepas mak masuk emergency baru keluar result.
Lepas sebulan, apabila result keluar pada 15 June 2017, mak positif mempunyai Kanser Buah Pinggang dan telahpun masuk stage 3 sebab kuman dah merebak ke paru2 dan otak (sebab tu dah ada 2 ketumbuhan di otak). Saat itu, sebagai anak sulung saya dah kelu lidah, menangis, meraung, meratap sebab emak saya yang saya cintai bukan sakit biasa. Semasa result keluar, doktor juga telah memberi temujanji dalam masa sebulan untuk admit di HKL di unit neurolgi untuk buat radio terapi selama 8 kali. Kalau dikira lebih kurang 2 minggu mak kena admit sana. Pelbagai ikhtiar yg saya, adik, suami, abah lakukan untuk rawat mak sementara tunggu tarikh temujanji. Duit ringgit memang beribu habis.
Sebulan kemudian, Julai 2017, mak admit di HKL. Waktu tu mak dah start nampak lemah. Mak dah pakai wheelchair dan dah start pakai pampers.Sepanjang mak berada di HKL, memang hari- hari pergi hospital tunggu mak. Tukar pampers, bagi mak makan dn sebagainya. Habis je rawatan radioterapi, discharge, balik Perak tapi kesihatan mak makin merudum. saya dan adik balik seperti biasa utk jaga mak.
Sampai satu hari, saya balik ke Perak saya tengok mak pucat tak boleh bernafas. Husband dan abah bawak mak ke emergency dan mak kena tahan hospital selama sebulan. Waktu itu, doktor terangkan yang mak saya memang tak ada harapan nak hidup lagi. Ya Allah, hancur luluh rasa nak tumbuk muka doktor tu pun ada bila dengar. Time tu, itulah raya haji terakhir bersama arwah mak di hospital.
Ajaibnya arwah mak beransur pulih , mak jadi sihat dan kuat. Mak siap pesan, eh khalilah kamu tak payah balik selalu dah mak dah kuat dah ni sikit lagi sihat la. Waktu ni memang happy sangat tengok mak. Moment last bersama mak, dia sempat mintak tolong potong kuku dia dan dia siap ckp yang 'MAK SAYANG SANGAT DEKAT KAMU DUNIA AKHIRAT, DAN MAK NAK KAMU INGAT NI SAMPAI BILA2'. Pelik jgak time tu dan tak expect apa2. Waktu last jumpa mak, mak siap peluk tak nak lepas.
27 hb 2017, tiba-tiba abah call. Mak dah tak sedarkan diri lepas balik hospital. Ambulans ambil dan bawak ke emergency. Bila check, urat dalam kepala emak dah pecah disebabkan ubat cair darah yang doktor bagi. Waktu tu mak dah koma. Doktor kata kalau hidup mak akan lumpuh seumur hidup.
Tak nak meyerah kalah, saya tetap percaya mak yang dapat diselamatkan.
Disebalik cerita koma,saya pulak waktu tu positif pregnant kan Firhaan baru sebulan. saya dapat tahu pregnant, adalah disebabkan sy kena tumpah darah dan doktor check rahim saya ada cyst sebesar 4cm dan perlu buat operation.Time tu tak tau nak ckp apa. Tension Allah sahaja yang tahu. mak sakit, anak autism, ada cyst, pregnant pulak.
Balik je ke kpg tu, sy bertawakal supaya mak ok. Sampai saja di Perak, wad mak tutup. Esoknya, sewaktu bersiap nak ke hospital awal pagi, abah yang dah sampai lagi awal waktu tu, call mak dah nazak. Saya dan adik dengan tak sempat nak bersiap terus pecut dari Klebang ke Hospital Ipoh. Tapi apakan daya, Mak tinggalkan kami buat selamanya pada pukul 8 pagi, 28 oktober 2017 sewaktu kami lagi 2 minit nak sampai ke hospital.
Sedih bercampur perit, tak tahu macam mana nak bagi gambaran waktu tu. Hanya dapat lihat tubuh mak yang dah kaku. Emak yang satu2nya rakan baik ku susah senang dah tiada lagi. Hubungan saya dan emak saya buka sekadar hubungan ibu dan anak tapi dah macam kawan baik. Jadi bila hilangnya arwah mak waktu itu, saya macam seolah hilang arah tujuan dalam hidup. Saya juga tak sempat nak bagitahu emak yang saya mengandung!
Kami 3 beradik berkesempatan mandikan arwah mak buat kali terakhir dan mak dikebumikan selepas zohor hari yang sama
Sepanjang proses pregnant, saya memang depress.Yes depression sucks!!! Saya xdapat nak hadam semua ni tanpa seorang mak. Ada cyst, kena tolong anak autism. Actually saya dah start depress selepas tahu mak sakit dan Firoos autism. Tapi sebagai seorang mak dan anak sulung saya kena berlakon kuat dan tabah depan arwah mak, abah dan adik2 tetapi pada hakikatnya saya rasa sayalah orang yang paling lemah dan menangis setiap hari di belakang semua orang tanpa siapa sedar. Time tu saya rasa saya nak mati ikut mak.
Sungguhpun begitu, husband banyak menolong saya untuk bangkit. Alhamdullillah kelahiran anak ke 3 sangat dipermudahkan. Mungkin Allah kesiankan saya waktu lahirkan Firhaan. Waktu nak beranak tu tak ada rasa sakit langsung kecuali time nak push. Itu sahaja. Firhaan keluar sehari sebelum Hari Raya 2018 dengan seberat 3.63 kg tanpa sebarang jahitan. Kuasa Allah.
Firhaan keluar saja sebijik muka macam arwah mak. Bila discharge je dari hospital, rasa sayu tu tak boleh nak digambarkan. 2 anak sebelum ni memang arwah mak akan sentiasa ada teman di hospital dan pantang memang akan berpantang dengan mak. Tetiba kali ini, semua tu hilang. discharge hospital sendiri. balik hospital sendiri, pantang sendiri dan hari raya pertama kali tanpa mak di sisi. Perasaan?? depress? yes of course... sangattt
Sebab itu sewaktu awal- awal mak meninggal, orang macam pelik kenapa ko perlu meratap, menangis, sedih untuk sekian lama? orang lain sedih sekejap je. Siap cakap macam2 dkt saya. Jadi inilah jawapannya. Jawapan yang tertulis selepas 3 tahun kemudian. yaaa, selepas 3 tahun baru saya mampu bercerita.
Mak, Selamat Harijadi ke 60 mak.. Khalilah doakan roh mak diletakkan dikalangan golongan orang-orang beriman.. khalilah sentiasa doakan mak di setiap solat tanpa henti dan sentiasa hadiahkan mak bacaan yassin sebagai hadiah mak di sana. Terima kasih atas setiap ajaran dan tunjuk ajar yang diberikan. Khalilah berdoa agar khalilah dapat berjumpa mak di akhirat nanti. In sha Allah. Khalilah sayang mak dunia akhirat.
HAMIDAH BINTI HAJI MAT ISA

 

30/3/1960 - 28/10/2017

No comments: