Sunday, September 1, 2019

Firoos Pergi Perarakan Merdeka 2019


Hari Merdeka tahun 2019 kali ni disambut di Putrajaya. Buat pertama kali dalam sejarah hidupku pergi sambut merdeka secara live. Tak pernah dibuat. Adalah sekali di Alor Star tahun 2001/2002 kalau tak silap tapi itupun sebab diriku terlibat dalam perbarisan kawad kadet polis wakil sekolah. kih kih kih.Nak saja saja pergi memang tak pernah sebab parents tak pernah bawak lepas tu bila dah besar hari merdeka memang kena keje tak pernah cuti.

Jadi nak dipendekkan cerita sebenarnya lebih kepada nak bagi experience pada anak- anak especially kepada Firoos sebab nak bagi Firoos terdedah dan sesuaikan diri dengan keadaan sesak dan bising serta panas dekat sana. Secara tak langsung dengan maknya sekali dapat experience. hehehehe.. tapi maknya ok je sebab dah biasa berpanas hujan rentung bagai time sekolah sampai masuk universiti. 

Ok back to the story, kami sekeluarga bangun awal pagi dalam 5.30 pagi dan bertolak dalam 6.00 pagi. Part ni alhamdulillah semua bagi kerjasama semua excited. Macam Firoos kami dah cerita/ social story awal- awal tentang merdeka parade ulang- ulang 2/3 hari sebelum untuk bagi Firoos get ready. Ha actually kami dah plan nak pergi parade ni sebulan sebelum, jadi memang buat preparation mental dan fizikal awal- awal. 

1. So the first key is SOCIAL STORY guys!!!

Sampai dalam lebih kurang 6.30 pagi dan orang dah tersangat ramai dah time ni(ingatkan macam dah habis awal rupanya ada lagi awal). Ingatkan boleh duduk dekat tempat duduk yang disediakan tapi malangnya memang tak dapat.Ramai dah ok!

So kami cari spot untuk kami tengok parade dan dapatlah duduk dekat pentas media. Kebetulan situ jugak tempat semua peserta perbarisan/ penari keluar. Tak lama lepas tu tempat tu di block oleh pihak penganjur yang mana orang ramai yang baru datang tak dapat masuk. Jadi kami bernasib baik dapat lepak dalam tu dan kawasan tu tak berapa nak ramai. Alhamdulillah.

Jadi apa yang we ols prepare untuk bawa seorang anak Autism, budak umur 3 tahun dan baby 1 tahun ke parade?


1. Mineral water (hari panas dan dahaga)- kami beli siap2 lagi murah kalau nak dibanding beli time dekat sana. jap lagi ada la nak minum air colour2 bagai.
2. Roti bukan nasi lemak sebab kang sakit perut nak kena bawak pergi toilet lak( toilet yang ada time tu hanyalah toilet portable bukan tandas awam )
3.towel kecil
4. baju salin anak-anak 
5. baby carrier ( mudah gerak daripada stroller)- pastikan ergonomic kalau tak memang sakit bahu dan baby tak selesa uols
6. Sunblock
7. Topi
8. Payung lipat- takut hujan. panas pun boleh guna.

Overall memang best cuma iols lupa nak bawak tikar lipat je sebab ingatkan boleh dapat tempat duduk. Next time kalau pergi lagi next year, kami nak datang bawak kerusi lipat pulak, hahahahahaaha...

Firoos overall ok, cuma bila hari dah panas tu dia dah start meragam. So, bila dah start meragam, kami cari tempat yang redup, kurang sesak daripada orang ramai dan bagi dia duduk sambil makan dan minum.

Waktu perarakan, Firoos enjoy kecuali time persembahan jet, helikopter bagai dia agak terganggu sikit sebab bunyi kuat sangat. Mula-mula tu ok tapi bila dah berterusan dia tutup telinga sambil pejam mata. Firoos nyanyi kuat-kuat untuk distract perasaaan takut dia tu.

Ada sesetengah kanak- kanak autism,eh bukan sesetengah tapi mostly bila masuk ke kawasan yang ramai crowd, diorang akan resah dan meltdown. Macam kami husband and wife memang akan cuba bawak Firoos ke tempat ramai crowd untuk biasakan dia dan untuk lawan perasaan meltdown tu. Tak tahu la kan ini cara kami. Cara parent lain dan berbeza- beza. 

Perarakan Merdeka ini adalah salah satu step untuk kami dedahkan Firoos ke dunia luar yang bising dan ramai.

Sebenarnya pendedahan Firoos ke tempat ramai ni kami buat step by step bermula dengan bawak dia tengok movie, pergi kenduri kahwin, pergi show event dan macam-macam lagi.(Nanti cerita on the next post). Bila dah semua past, timeline bertenang dia pun lama,dan kami rasa dia dah bersedia then baru kami proceed to the next step yang mana kami decide nak bawak dia pergi perarakan merdeka ni.

Bila jadi parent untuk Autism child memang macam ni guys. Mostly masa memang tertumpu pada anak. Masa untuk social dan kawan2 boleh dikatakan dah tak ada. Firoos ada lagi 2 adik tapi nasibla perkembangan diorang alhamdulillah ok. Husband bagi banyak kerjasama dalam membesarkan anak syurga kami yang sorang ni.

Overall perarakan merdeka habis dalam 10.30 pagi. Firoos, Syaurah dan Firhaan memang flat habis tidur dalam kereta time balik. Diorang memang enjoy habis, dekat rumah pun tak habis2 nyanyi lagu 'Sayangi Malaysiaku' pastu cakap Merdeka2!



Suasanan Istana Kehakiman pukul 6.45 pagi. Kami duduk di seberang stage utama


Kami duduk di belakang pentas media dan di sebelah pentas adik-adik pegang bendera tu (tak tau nama nak sebut)


Dari sini boleh tengok perbarisan


Lagi  perbarisan



dan lagi


time penutup boleh masuk area sini. best gila


Boleh nampak main stage.. YDPA, Tun semua nampak



Firoos happy (macam biasa tangkap gambar takde eye contact)

So setakat sini post kita untuk kali ni



Jangan lupa like share, like dan comment page facebook
Tasneem Naturel Shah Alam & Klang


dan facebook bakery saya ye
Kly & Edy Cafe Bakery