Friday, August 23, 2019

Apa Itu "Stimming Behaviour ???


Assalamualaikum semua, hari ini iols just nak ceritakan dan share apa itu Stimming Behaviour dalam Autism.

Agak lama jugak nak buat artikel ni memandangkan iols bz ya amat.. Ya Ya.. hidup tak boleh bagi alasan.. Ampunn...


Perkataan 'stimming' itu sendiri adalah singkatan daripada perkataan 'self- stimulatory behaviour' dan kadang kala ia juga dikenali sebagai 'stereotypic behaviour'. Masalah tingkahlaku ini selalunya sinonim dengan individu yang menghidap autism. Tingkahlaku ini kebiasaannya melibatkan perbuatan seperti mengibaskan tangan,menggoyangkan badan, suka berpusing dan juga menyebut ayat atau perkataan berulang-ulang.

Actually terma ni aku pun baru dengar dan tahu di kalangan parents autism juga. Sebelum ni just tahu yang mana masalah tingkahlaku di atas adalah salah satu tanda untuk kita tahu atau kenalpasti sama ada seseorang individu tu ada autism atau tak.Tapi tak tahu spesific terms dia nama apa. hehehe..

So bila parents bincang pasal hal ni, apa lagi teruslah aku buat research dan alang- alang dah buat research kita pun share la sekali sebagai rujukan semua termasuk diri sendiri. 😜

APA ITU STIMMING BEHAVIOUR?

Stimming behaviour adalah masalah tingkahlaku yang melibatkan pergerakan fizikal contohnya seperti mengibaskan tangan, petik jari,menggoyangkan badan, suka berpusing, dan juga menyebut sesuatu perkataan atau ayat secara berulang-ulang. Masalah tingkahlaku ini selalunya terjadi jika individu berasa keliru, resah, tersinggung ataupun takut.


PUNCA STIMMING BEHAVIOUR

Ada hipotesis mengatakan punca masalah tingkahlaku 'stimming' adalah disebabkan hormon beta-endorphins yang dilepaskan dalam badan yang akan merangsang perasaan seronok atau membuatkan kita tenang. Kadang kala, perasaan positif dan negatif akan bercampur juga menyebabkan tingkahlaku 'stimming'. Oleh itu, ada masa kita dapat melihat pelaku stimming menunjukkan rasa gembira secara harafiah melalui perbuatan fizikal contohnya perbuatan melompat ataupun tepuk tangan.

Untuk individu autism, menurut  sumber healthline.com, perbuatan 'stimming' ini ialah untuk:


  • merangsang pancaindera atau mengurangkan lebihan deria
  • menyesuaikan diri dengan keadaan yang berlainan
  • mengurangkan perasaan bimbang dan untuk menenangan diri
  • menunjukkan perasaan kecewa 
  • mengelakkan sesetengah aktiviti atau jangkaan


JENIS STIMMING BEHAVIOR

Menurut sumber healthline.com, terdapat beberapa jenis perbuatan sinonim yang kebiasaanya kita buat sehari- hari yang dilihat berkaitan dengan stimming behaviour antaranya:


  • perbuatan menggigit kuku
  • menggulung rambut menggunakan jari
  • mengeliat / mematahkan jari atau sendi sehingga berbunyi
  • mengetuk jari 
  • mengetuk pensil
  • menggoyangkan kaki
  • bersiul

Bagi individu yang mengalami autism pula, perbuatan stimming berlainan daripada orang normal. Ia melibatkan perbuatan seperti:

  • menggoyangkan badan
  • mengepakkan tangan atau menyentuh atau memetik jari
  • memantul, melompat atau berpusing
  • berjalan berulang alik atau jalan berjengket
  • suka menarik rambut
  • mengulang ayat atau perkataan
  • menggosok atau menggaru 
  • suka kelip mata
  • suka melihat lampu atau objek berputar seperti kipas siling
  • suka menjilat, menggosok atau mengusap sesetengah objek
  • menghidu orang atau objek
  • menyusun barang

Untuk kanak- kanak autism, mereka selalunya akan meluangkan masa berjam- jam menyusun permainan daripada bermain. Tingkahlaku berulang- ulang ini selalu melibatkan perasaan obses terhadap sesuatu benda/objek atau perasaan ingin tahu dengan lebih mendalam tentang sesuatu yang disukai.

Terdapat juga perbuatan berulang yang mendatangkan bahaya. Ini termasuklah:

  • menghantukkan kepala
  • menumbuk atau menggigit
  • terlampau menggosok atau menggaru kulit
  • mengorek kudis atau luka
  • suka menelan benda berbahaya

Setakat ni kalau Firoos, stimming behavior dia sekarang suka ulang ayat atau perkataan daripada skrip tv. Dulu Firoos suka jugak susun permainan, jilat objek dengan berpusing. Sekarang, semua tu dah tak ada tinggal satu je .


CARA MENGATASI/MENGURANGKAN STIMMING BEHAVIOR

Untuk individu normal Stimming behavior boleh dikurangkan atau diatasi dengan cara mengalihkan perbuatan stimming dengan aktiviti lain. Tetapi bagaimana pula dengan individu yang mengalami autisme?

Menurut Christy Lai, Senior Terapis Tingkahlaku (kalau tak salah translation ni) dari autismpartnership.sg.com, ada beberapa cara untuk mengatasi masalah 'stimming' di kalangan kanak-kanak autisme.


1. Apabila kanak-kanak autisme mulakan pelakuan 'stimming', ibu bapa boleh memegang atau menyentuh anggota badan atau keseluruhan badan untuk mengganggu tabiat perlakuannya. Contohnya, jika anak suka mengepak tangan untuk mengatasi masalah gementar, ketika anak memulakan perlakuan tersebut, ibu bapa boleh mengganggu dengan memegang tangannya daripada berbuat demikian



2. Menggunakan alternatif lain untuk mengalih perhatian. Ibu bapa yang tahu dengan sistem token boleh menggunakan konsep ini. Konsep token ialah dengan memberi ganjaran seperti bintang jika berjaya melakukan sesuatu. Contohnya, jika anak berjaya tidak menjerit  tutup telinga, dapat bintang/ganjaran daripada parent. Dengan cara ini, dapat mengalih perhatian daripada tabiat 'stimming'



3. Cara seterusnya ialah menggantikan tabiat tingkahlakunya dengan perbuatan lain. Contohnya, boleh menggantikan tabiat megepak tangan dengan bermain puzzle



Macam Firoos sekarang, tabiat/ perlakuan 'stimming' selalu datang dan pergi. Misalnya, bila dia berbuat sesuatu tabiat seperti tutup telinga bila annoying, kami dapat alihkan perhatian dengan benda lain. Bila satu tabiat hilang datang pula tabiat lain, jadi begitulah kami sebagai parents kena sentiasa mencari jalan  penyelesaian dan SABAR... hehehehe


So, hopes sedikit sebanyak artikel ni dapatla memberi sedikit information kepada geng sekasut di luar sana. Actually this is just a basic info and not too details as I don't do a really do a detail study about this topic. Just a basic one.




jangan lupa like share, like dan comment page facebook 
Tasneem Naturel Shah Alam & Klang


dan facebook bakery saya ye
Kly & Edy Cafe Bakery








No comments: