Tuesday, August 18, 2009

Seorang lg Pergi....

myMetro » Setempat

>Kegembiraan berakhir tragedi

KUANTAN: Kegembiraan 12 sahabat berkelah sambil menikmati keindahan air terjun berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas di Lembah Perting, Jalan Lama Bentong, Bentong, semalam.

Mayat Cici Noryantti Roslan, 24, dari Taman Sri Gombak, Selangor ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong yang memulakan operasi mencari dan menyelamat, kira-kira jam 10.45 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata ketika mandi bersama rakannya, mangsa tiba-tiba mengalami kekejangan kaki sebelum dihanyutkan arus deras.

myMetro » Setempat

‘Kaki aku kejang’

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga sedikit terkilan apabila hasrat arwah untuk berbuka pada hari pertama puasa tidak kesampaian,” luah Piti Norzana, 25, abang sulung Allahyarham Cici Noryantti Ruslan, 24, yang ditemui lemas ketika mandi di Lata Hammer, Janda Baik, Bentong.

Dalam kejadian Ahad lalu, arwah bersama 12 rakan kerjanya menyertai perkhemahan di kawasan rekreasi itu sebelum dia lemas disebabkan kakinya kejang sebaik terjun ke air sedalam enam meter itu.

Difahamkan ekspedisi perkhemahan itu dilakukan untuk berkelah selain meninjau kawasan bagi melaksanakan program latihan khas untuk syarikatnya.

Mayatnya ditemui pada jam 10.50 pagi semalam, selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pasukan bomba dan penyelamat Bentong serta bantuan orang ramai.

Rakan ekspedisi, Siman Chalan, 30, menyifatkan Cici seorang rakan yang begitu ceria serta tidak lokek membantu sesiapa saja dalam urusan kerja.

“Kehilangannya cukup terasa bagi kami kerana selama ini dia sering menceriakan suasana di tempat kerja dan dia memang disenangi semua orang,” katanya.

Siman berkata, pada hari kejadian tiada perubahan pelik berlaku, tetapi niat Cici untuk menyelam sebelum mereka pulang mungkin petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

“Ketika kejadian kira-kira jam 3.40 petang Ahad lalu, Cici sedang membasuh rambutnya di atas batu di kawasan berkenaan sebelum dia terjun berenang ke air.

“Saya sempat dengar dia menjerit `kaki aku kejang! kaki aku kejang!’ namun kejadian berlaku terlalu pantas dan mangsa terus tenggelam,” katanya.

Menurutnya, semua anggota ekspedisi membatalkan niat pulang ke ibu negara kerana ingin turut sama membantu mencari mangsa.





p/s :
Cici is one of my bosses in the office.
Btw he' s the one who trains me during my training session before I was been hired by my company... I still can't believe it!!!!
I just met him on the day that tragedy happens.
He was smiling at me like a super duper happy person. Hurm...
Never thought that he will go on that day forever and ever.
May u rest in peace..Amin!!!!!





No comments: